Peringatan



Laman ini diujudkan khusus sebagai Portal Berita Ulasan Media dan perkembangan terkini PRU13.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini.


PROJEK IC MESTI DIHENTIKAN SERTA MERTA..TIADA GUNANYA MENANG TETAPI DIKUASAI AKHIRNYA

LAMAN UTAMA || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || ULASAN MEDIA PRU14 ||

Sunday, April 21, 2013

ZOOM IN KAWASAN PARLIMEN PRU13: P169 KOTA BELUD

Penyandang kerusi parlimen P169 Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan bertanding mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2008.Keputusan berkaitan boleh dirujuk pada pautan imbasan PRU12 yang disediakan.

ULTRA ZOOM IN P169 KOTA BELUD

Berdasarkan statistik tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, daerah Kota Belud mempunyai penduduk seramai 93,180 orang ( pautan rujukannya ada di sini )

Bumiputra bukan Islam merupakan komposisi    penduduk paling ramai di daerah ini  diikuti dengan etnik Bajau yang menduduki tempat kedua.

Pada PRU12 tahun 2008, bilangan pengundi berdaftar adalah seramai 43,071 orang dengan pecahan seperti berikut :-

DUN N06 Tempasuk    : 14,291
DUN N07 Kadamaian   : 12,964
DUN N08 Usukan         : 15,816
Jumlah                        :  43,071

Data ini boleh disemak pada pautan Imbasan PRU12 yang disertakan

Pada PRU13 ini, bilangan pengundi adalah seramai 51,467 orang dengan pecahan seperti berikut:-

DUN N06 Tempasuk     :16,866   (+ 2575)
DUN NO7 Kadamaian   : 15,903  (+ 2939)
DUN N08  Usukan        : 18,698 (+ 2882)
Jumlah                        :  51,467
(sumber: Daily Express edisi Ahad 21 April 2013,SPR).

Berdasarkan data data ini, didapati berlaku pertambahan pengundi berdaftar sebanyak 8,396 orang berbanding jumlah pengundi pada tahun 2008.

Didalam mana mana pun pilihanraya di dunia , angka 1 sudah dikira banyak.
Di pasaran gelap  Malaysia, angka 1  dikhabarkan bernilai dalam  lingkungan RM5 juta.

Senarai pengundi berdaftar PRU13 telah pun diwartakan dengan bilangan pengundi seramai 13,268,002  yang akan mengundi untuk memilih 505 wakil Dewan Undangan Negeri dan 222 ahli parlimen sebagai wakil di Dewan Rakyat.

Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban warga negara Malaysia berdaftar sebagai  pengundi  untuk keluar mengundi. Golongan  bukan pengundi yang belum lagi mendaftar sebagai pemilih dengan pihak SPR pula perlulah  segera menyemak daftar pemilih tahun 2013.

Tindakan semakan ini sangat  penting kerana seboleh bolehnya warga Malaysia mahukan satu Kerajaan Persekutuan baru ditubuhkan hasil dari aspirasi sebenar rakyat.Samada kerajaan sedia ada dikekalkan atau digantikan, biarlah pilihan ditentukan oleh  pengundi tulin.

ZOOM IN PRU13 P169 KOTA BELUD

Persaingan  kerusi P169 Kota Belud pada PRU13 menyaksikan pertandingan lima penjuru seperti berikut:-

1 Jalumin Bayagoh(STAR)
2 Lamsil Amidsor(BEBAS)
3 Abd Rahman Dahlan(BN)
4 Kanul Gindol(BEBAS)
5 Isnaraissah Munirah Majilis(PKR)

Blogger Bebas memerhatikan pengundi Islam , pengundi atas pagar dan juga pengundi pertama kali bakal menjadi king maker  pada PRU13 khususnya bagi kawasan parlimen P169 Kota Belud dengan fokus persaingan  terarah kepada BN dan juga PKR.


Siapa perlu diundi
(*bersambung pada edisi akan datang pada  entri Pengundi Berbisa )




No comments:

Post a Comment