Peringatan



Laman ini diujudkan khusus sebagai Portal Berita Ulasan Media dan perkembangan terkini PRU13.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini.


PROJEK IC MESTI DIHENTIKAN SERTA MERTA..TIADA GUNANYA MENANG TETAPI DIKUASAI AKHIRNYA

LAMAN UTAMA || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || ULASAN MEDIA PRU14 ||

Wednesday, April 24, 2013

JANGAN UNDI CALON BEBAS

Perutusan ini khususnya ditujukan kepada golongan tanpa parti, pengundi pertama kali dan juga pengundi atas pagar.

Jauhilah calon BEBAS pada PRU13 ini.

SEBAB:-

1) Mengundi calon BEBAS adalah sama seperti mencari individu yang tidak mempunyai alamat.Susah mencarinya.Macamana nanti mahu mendapatkan khidmat mereka sebagai wakil rakyat anda. Sedangkan calon atau ahli politik yang ada parti dan pusat khidmat sekalipun, susah untuk berjumpa dengan mereka....betul bukan

2) Seandainya calon BEBAS berjaya dipilih sebagai wakil rakyat sekalipun, darimanakah golongan ini akan memperolehi dana yang mencukupi untuk memajukan kawasannya.

3) Perkara terbaik wakil rakyat BEBAS akan lakukan sebaik memenangi pilihanraya adalah memohon sebagai ahli parti politik yang menang secara majoriti.Akhirnya proses pemilihan wakil rakyat tetap berpaksi kepada parti dan bukannya calon.Jadi jangan mensia siakan undi anda .

PERCAYALAH sebaik sahaja menang, anda akan ditinggalkan mereka. Inilah sahaja peluang keemasan yang ada untuk mengekalkan pemerintah sedia ada ATAU pun menukarnya dengan kerajaan yang baru. Pilihan ditangan anda sekarang.

4) Calon BEBAS memang tidak dinafikan sebahagiannya mempunyai pengikut yang ramai. Lazimnya pengikut tegar ini terdiri dari lingkungan suku kaumnya ataupun pekerjanya sendiri yang mungkin taksub dan percaya bahawa inilah sahaja individu di dunia ini yang layak mewakili mereka di DUN atau Dewan Rakyat.Politik kesukuan dan perkauman tidak akan mendapat tempat di arena antara bangsa.Setakat bercerita siapa juara sabung ayam nak buat apa,Labu

5)Lihat sekeliling anda.Anda akan segera faham(diharapkan begitulah) bahawa calon BEBAS bertanding sebahagian besarnya kerana ditaja oleh pihak lain.Penaja selalunya terdiri dari golongan kaya raya terutamanya ahli perniagaan.

Penaja ini pandai.Dia akan taja semua tak kira dari parti pemerintah, pembangkang dan juga calon BEBAS supaya akhirnya dia sentiasa berada dipihak yang menang dan memperolehi banyak peluang perniagaan.

Penaja inilah sebenarnya penguasa yang akan menentukan apa yang perlu dibuat oleh calon BEBAS yang telah terpilih.Jadi calon BEBAS anda sebenarnya bukanlah calon yang BEBAS.Bagaimana jika kehendak penguasa ini bertentangan dengan kehendak para pengundi calon BEBAS ini?.Anda BEBAS memilih jawaban anda.

No comments:

Post a Comment