Pelbagai variasi menjelma pada PRU13 ini.Antaranya
CALON TARIK DIRI
Calon DAP bagi kerusi N13 Kota Darul Aman Lim Sin Keat menolak pencalonannya oleh DAP pusat bagi memberi laluan kepada Lee Guan Aik.Lee Guan Aik adalah penyandang kerusi ini .
Butirannya ada di
sini
CALON TIDAK KEMUKA BORANG PENCALONAN
Kes penama calon BN tidak mengemukakan borang pencalonan berlaku di Parlimen P22 Pasir Mas.
Che Johan Che Pa, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas tidak mengemukan borang pencalonan .Ini memberikan laluan pertembungan dua penjuru antara calon BEBAS Datuk Ibrahim Ali menentang calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Datuk Ibrahim Ali adalah penyandang kerusi parlimen ini yang dimenanginya pada PRU12 atas tiket PAS.Jika calon BEBAS menang, maka ini adalah contoh klasik individu lebih penting dari parti!!.
Perkembangan ini bagaimanapun telah dijangka dari awal.
Untuk laporan berkaitan sila klik di sini
PERTEMBUNGAN SESAMA SENDIRI
Perkembangan ini agak menarik.Antara lokasi pertembungan sesama sendiri adalah parlimen P166 WP Labuan yang merupakan pertandingan tiga penjuru antara Hadnan Mohamad(PAS),Tan Sri Ibrahim Menudin(PKR) dan Rosman Isli(BN)
No comments:
Post a Comment