Peringatan



Laman ini diujudkan khusus sebagai Portal Berita Ulasan Media dan perkembangan terkini PRU13.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini.


PROJEK IC MESTI DIHENTIKAN SERTA MERTA..TIADA GUNANYA MENANG TETAPI DIKUASAI AKHIRNYA

LAMAN UTAMA || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || ULASAN MEDIA PRU14 ||

Thursday, April 18, 2013

MENJENGUK SEJENAK KE SABAH

Presiden dua buah pertubuhan NGO Sabah diumumkan akan mempertahankan kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU12 yang lalu.


Datuk Seri Lajim Ukin, Presiden Pakatan Perubahan Sabah(PPS) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, Presiden Angkatan Perubahan Sabah(SRF) masing masing akan mempertahankan kerusi P.177 Beaufort dan juga P.170 Tuaran yang dimenangi mereka pada PRU12 atas tiket BN.

Pada PRU12,Datuk Seri Lajim Ukin menewaskan calon PKR dengan majoriti 10,914 sementara Datuk seri Wilfred Bumburing menewaskan calon PKR dan  calon Bebas dengan majoriti sebanyak 6622.


Kedua dua tokoh politik veteran ini akan bertanding atas tiket PKR. Selain itu, PPS akan meletakkan calon calon di kawasan parlimen Papar,Kimanis, Sipitang dan 11 kawasan DUN.SRF akan meletakkan calon calon di kawasan parlimen Tenom,Beluran, Kota Marudu dan Pensiangan dan juga 12 kawasan DUN.Kesemua calon akan bertanding atas tiket PKR.

No comments:

Post a Comment