Kertas undi pos untuk pengundi luar negara akan dihantar pada Rabu 24 April 2013 ke 103 destinasi pejabat perwakilan SPR di luar negara.Seramai 6360 pengundi luar negara akan mengundi secara pos pada 28 April 2013.(sumber :RTM )
(Pautan berita dari sumber lain ada di
sini )
England dan Australia adalah antara negara yang ramai penduduk warga negara Malaysia.
Dari aspek ketelusan, keselamatan dan tahap integriti hasil undian secara pos ini , saya no komen lagipun tiada autoriti untuk berbuat demekian
Saya cuma ingin berkongsi harapan agar undi secara pos dikira lebih awal dan keputusannya diketahui sebelum hari pengundian sebenar pada 5 May 2013 nanti.Perkara yang sama juga seharusnya terpakai untuk hasil pengundian awal pada 30 April 2013.
Kalau tak boleh dilaksanakan, percumalah sahaja saya buat buat minat mendengar lagu
"Pergilah..undilah bersama sama" tu...
Diharapkan tak adalah nanti kes, undi sudah siap dikira, tetiba sampai pula kotak undi pos jam 2:30 pagi....
No comments:
Post a Comment