Telah terdapat rungutan dibeberapa laman cyber menyatakan terdapat kes dimana nombor kad pengenalan individu yang tidak pernah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhan Jaya Pilihan Raya(SPR) didapati telah didaftarkan di kawasan lain.
Dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat menghebahkan perkara ini kepada rakan rakan dan kaum keluarga agar bertindak menyemak nombor kad pengenalan bagi memastikan identiti mereka TIDAK digunakan oleh orang lain untuk mengundi pada PRU13 ini.
Alamat laman web SPR adalah http://daftarj.spr.gov.my untuk tujuan semakan daftar pemilih.
Untuk kemudahan pengunjung budiman, bersama sama ini telah disediakan pautan ke laman web SPR agar semakan segera dapat dibuat.Sila klik di
sini.
Bersama samalah kita berusaha menjayakan PRU13 agar ianya menjadi pilihan raya aspirasi sebenar rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment