Peringatan



Laman ini diujudkan khusus sebagai Portal Berita Ulasan Media dan perkembangan terkini PRU13.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini.


PROJEK IC MESTI DIHENTIKAN SERTA MERTA..TIADA GUNANYA MENANG TETAPI DIKUASAI AKHIRNYA

LAMAN UTAMA || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || ULASAN MEDIA PRU14 ||

Tuesday, April 16, 2013

25%..APA MAU BIKIN


Parlimen Malaysia memiliki 222 kerusi parlimen dengan komposisi pengagihan seperti berikut

Lokasi                                    Jumlah             Peratus Agihan(%)

Semenanjung Malaysia             166                     75
Sarawak                                    31                     14
Sabah                                        25                     11
Jumlah                                     222                    100
perangkaan termasuk WP Labuan

Daripada perangkaan di atas, jumlah kerusi parlimen bagi negeri Sarawak dan Sabah ialah 56 ataupun 25% daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

Dalam bahasa mudahnya, Sabah dan Sarawak hanyalah 1/4 daripada Malaysia!.

Kesian betul bab kedua dua negeri berkenaan  lebih luas dari  keseluruhan Semenanjung Malaysia.Tak kanlah 25% sahaja sudah berpuas hati....


Apa ada disebalik  angka 25%....

Banyak yang terselindung disebalik angka 25% ini....

Bagi warga Sabah dan Sarawak khususnya , angka 25% perwakilan  mereka di parlimen memberikan  impak  yang besar di dalam hidup mereka.

25% perwakilan di parlimen untuk Sabah dan Sarawak bernakna sampai bila bila pun tidak akan ada Perdana Menteri dari Sabah atau Sarawak.Dalam konteks Sabah  , ianya bermakna sampai bila bila pun hasil kekayaan bumi Sabah  akan terus mengalir keluar dari bumi Sabah tanpa  rakyat Sabah terlibat  di dalam proses membuat keputusan.

Dimanakah letaknya konsep keseimbangan dan perkongsian kuasa sebenar Barisan Nasional, amat pedih  untuk memahaminya.Memang sukar untuk menerima hakikat  duduk di negeri sendiri, tetapi hasil kekayaannya  dinikmati oleh orang lain.


"Apa guna duduk dinegara sendiri jika tidak dikuasai.." demekian ungkapan pedas seorang tokoh politik terkemuka tanahair.Memang pedas, panas tetapi nyata dan benar.


25% ini juga bermakna di dalam PRU13 ini, jika KESEMUA kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak dimenangi oleh pakatan pembangkang sekalipun,  Pakatan Rakyat masih perlu memenangi 92  lagi kerusi parlimen  di Semenanjung untuk dapat menubuhkan kerajaan perseketuan yang baru .Ini pada pandangan saya adalah  sasaran  yang  sukar untuk dicapai.


Dengan sistem demokrasi berparlimen yang sedia ada, rakyat Sabah khususnya secara sistematik akan terus terpinggir dari konsep perkongsian kekayaan negara. 11% perwakilan di parlimen tidak akan membawa mereka kemana mana.Sikap cepat berpuas hati harus dikikis segera kerana ianya hanya membutakan mata dan memekakkan teliga.

Pada pandangan saya, komposisi agihan kerusi parlimen yang adil dan saksama bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah  sepatutnya berada pada nisbah  55:25:20 dari segi peratusan agihan dan bukannya 75:14:11.Agihan kerusi parlimen sedia ada mesti diubah.


Medan PRU13 adalah satu permulaan dan platform  yang baik untuk mencongak pelan tindakan kearah perkongsian kuasa yang lebih munasabah.

No comments:

Post a Comment