Peringatan



Laman ini diujudkan khusus sebagai Portal Berita Ulasan Media dan perkembangan terkini PRU13.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini.


PROJEK IC MESTI DIHENTIKAN SERTA MERTA..TIADA GUNANYA MENANG TETAPI DIKUASAI AKHIRNYA

LAMAN UTAMA || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || ULASAN MEDIA PRU14 ||

Monday, April 22, 2013

IMBASAN PRU13 : FENOMENA CALON BEBAS

Lapuran media elektronik menyatakan sebanyak 1000 borang penamaan calon telah dijual pada PRU13.Jumlah calon BEBAS pada PRU13 adalah yang paling ramai dalam sejarah pilihanraya Malaysia membuktikan kemeriahan pesta demokrasi tahun 2013. 

Antara lubuk calon BEBAS pada PRU13

P191 KALABAKAN
Berlaku pertandingan 7 penjuru melibatkan  4 orang  calon BEBAS iaitu Mohd Manuke, Freedie Japat Anak Simol,Yahya Zainalsan Siamsir Borhan.

Satu lagi kawasan tumpuan calon BEBAS di Sabah adalah N52 Sulabayan yang turut menyaksikan pertandingan 7 penjuru.

Fenomena ramai calon BEBAS bertanding di Sabah lebih tertumpu kepada kawasan Pantai Timur Sabah, sekarang ini dipanggil ESSZONE.

P170 TUARAN
Erveana Ansari  anak kepada Ansari Abdullah yang merupakan Ketua PKR Tuaran bertanding sebagai calon BEBAS menentang calon BN Madius Tangau dan calon PKR Datuk Wilfred Bumburing.




P36 KUALA TERENGGANU


Maimun Yusof a.k.a Tok Mun , 94 tahun turut bertanding semula sebagai calon BEBAS menentang calon BN Mohd Zubir Embong dan calon PAS Raja Datuk Kamal Bahrin Shah Raja Ahmad.Tok Mun adalah calon paling tua PRU13.

Pada PRU12,  Tok Mun  berjaya memperolehi  685 undi.Dah kira oklah  tu biarpun hilang wang desosit.Mungkin boleh dapat banyak lagi undi jika menggunakan khidmat Ayah Pin sebagai peraih undi.Ayah Pin adalah pengasas Kerajaan Langit di Terengganu yang kini hanya tinggal nama.

P95 TANJUNG KARANG
Penyanyi era tahun 80an , Herman Tino turut mencuba nasib sebagai calun BEBAS.
Saya berpendapat tindakan ini  dah 30 tahun terlewat akan tetapi lebih baik ada daripada tiada.

 P113 SEPANG
Ini adalah kerusi panas.Bekas Ketua Pemuda UMNO Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali kini turut bertanding sebagai calon BEBAS .

Keujudan ramai calon BEBAS diseluruh negara jelas  menggambarkan kebebasan berpolitik tanpa parti di Malaysia.

Dimaklumkan bahawa jika seseorang bukan ahli mana mana parti politik ,dia boleh bertanding sebagai calon BEBAS  asalkan  memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak SPR. Datuk Wifred Bumburing yang merupakan Presiden Pertubuhan NGO di Sabah  bertanding sebagai calon PKR.Mungkin  dia ahli parti tu..

PERANAN CALON BEBAS

Calon BEBAS dilihat sebagai pemecah undi, apalagi jika invividu berkenaan mempunyai ramai "pengikut" dan penyokong  tegar.Lihat  sahaja di Pantai Timur Sabah, bilangan calon BEBAS yang ramai adalah self explanatory....

SIAPA CALON BEBAS SEBELUM PILIHANRAYA

Tidak ada siapa yang mengenali identiti calon BEBAS sebelum pilihanraya.Boleh jadi sesiapa sahaja.
Boleh jadi juga dia seorang YB yang masih belum mengetahui nasibnya yang akan bakal bertanding sebagai calon BEBAS.

SIAPA CALON BEBAS  SELEPAS PILIHANRAYA

Calon yang kalah dan hilang wang pertaruhan seperti Tok Mun boleh mencuba nasib lagi pada pilihan raya yang seterusnya. Yang berjaya mempunyai pilihan samada untuk kekalkan identiti atau memohon untuk menjadi ahli kepada parti yang menang dan bakal membentuk kerajaan.Secara kontra ,  di Malaysia ada juga YB  yang memilih menjadi  wakil rakyat BEBAS selepas pilihanraya!!.

 KENAPA MEREKA BERTANDING
Sebahagian besar calon BEBAS bertanding atas  rasa tidak puas hati,  bertindak sebagai proksi ataupun atas dasar suka suka untuk mencari ruang dan peluang.

Datuk Seri Ong  Tee Kiat, penyandang kerusi parlimen P100 Pandan dan juga mantan Menteri Pengangkutan Malaysia dan Presiden MCA adalah antara tokoh yang tidak bertanding  sebagai calon BEBAS walaupun tidak dicalonkan.Tokoh ini adalah contoh ahli politik Malaysia yang matang.Tidak ramai yang boleh mencapai tahap kematangan seperti ini.Mungkin juga tokoh ini ingin melihat dahulu pihak yang menang pada PRU13 ini sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Ahli ahli parti politik yang berpengalaman sering menyatakan bahawa parti politik adalah lebih penting daripada individu.Namun bukan semua boleh menerima konsep ini dengan mudah.Keujudan calon BEBAS  menjadi  satu bentuk ujian getir  pertembungan antara individu  berpengaruh dengan parti politik sebagai satu entiti.

 PERLUKAH MEREKA DIUNDI

Pada masa ini.saya tidak berselera untuk mengundi calon BEBAS .
Ideologi ini mungkin berubah jika undang undang anti lompat parti yang turut meliputi calon BEBAS dimaktubkan di parlimen.Sebarang lompatan politik haruslah diikuti dengan pemilihan semula wakil rakyat melalui  proses pilihanraya.

Sehingga tahap itu dicapai, calon BEBAS akan tetap ujud dan memeriahkan setiap pilihanraya .


No comments:

Post a Comment