Soalan siapa perlu diundi bergantung dengan apa yang kita mahu sebagai pengundi.Senang saja bah.
Sebuah kerajaan persekutuan yang cekap , telus ,adil, bebas rasuah dan memahami kehendak kesemua golongan rakyat.Jangan ada yang terbiar dan diabaikan walaupun kumpulan minoriti.
Kalau boleh sebuah kerajaan negeri yang sama sifatnya seperti kerajaan persekutuan...itulah kerajaan idaman ramai.
Akan tetapi aspirasi ini boleh memberikan kesan buruk kepada sebahagian rakyat diluar bandar terutamanya yang masih jauh ketinggalan serba serbi selepas lebih 50 tahun Malaysia merdeka.Begitu juga dengan golongan bawahan dan kelas pertengahan di bandar.
Tetapi cakap memang senang.Untuk mencapainya amat payah.Jadi kita permudahkan dan ubah suai kehendak kita sebagai pengundi. Biar pihak pemerintah memandang rakyat sebagai raja.
"KENAPA SAYA KATA BEGITU"??
Kita tinjau sejenak keputusan PRU12.
.jpg)
PRU12 adalah kekalahan paling teruk Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya Malaysia.Kekalahan ini telah menyebabkan BN kehilangan majoriti 2/3 di parlimen.
Kesannya keputusan PRU12 kepada BN
BN mula membuka mata kepada kelompok yang selama ini seakan terabai dan mula akur akan kekuatan yang dimiliki oleh pihak pembangkang.
Apa yang kerajaan BN telah lakukan selepas PRU12
Sebaik sahaja kerajaan persekutuan ditubuhkan , kempen memenangi hati rakyat terus dimulakan oleh pemerintah untuk menambat semula hati rakyat yang sokongannya beralih kepada pembangkang.
Bermacam macam skim ,bantuan dan insentif yang selama ini tidak pernah ujud mula muncul satu persatu.Contoh paling popular adalah BR1M.
Golongan yang jauh terperosok di pedalaman termasuklah kaum orang asli mula mendapat perhatian yang lebih sehingga diberikan perkhidmatan siaran TV percuma untuk mencapai agenda yang mudah difahami.
Kesemua benefit, skim, bantuan dan insentif ujud disebabkan oleh kerajaan yang tidak kuat lantaran tidak memiliki majoriti dua pertiga di parlimen.Segalanya diadakan dengan harapan rakyat akan mengembalikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional.
Kekuatan dimiliki oleh pihak pembangkang telah melimpahkan rahmat kepada rakyat jelata terutamanya golongan bawahan dan kelompok masyarakat diluar bandar.Malahan golongan miskin bandar dan kelas pertengahan turut menikmati rahmatnya.Tak cukup dengan itu, golongan muda yang belum layak mengundi pun turut merasa limpahan kebaikan hasil dari kekuatan pihak pembangkang.
Jadi siapa perlu diundi ni??
SIAPA PERLU DIUNDI DI KAWASAN PERLIMEN
UNDILAH BARISAN NASIONAL
Saya berpendapat kerajaan persekutuan sedia ada perlu diberikan satu peluang terakhir untuk melakukan pentadbiran yang lebih baik dan seterusnya disenangi oleh rakyat jelata.
Sekiranya BN masih gagal membentuk sebarang perubahan positif dan ternyata MASIH gagal menyaingi kebolehan dan kecekapan pentadbiran Pakatan Rakyat, singkirkan BN secara mutlak pada PRU14 nanti .60 tahun adalah tempoh yang terlalu lama untuk hidup dalam kegagalan sementara sebahagian kecil lagi menikmati kemewahan yang melimpah ruah .
Bukannya saya tidak menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan persekutuan, namun dalam soal pentadbiran kerajaan persekutuan saya masih skeptikal siapakah father figure disebalik Pakatan Rakyat.Lagipun Pakatan Rakyat belum mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mentadbir kerajaan persekutuan.
Dah tak bagi peluang ... camana nak ada pengalaman...mungkin ada yang berdengus macam Bison kelaparan...
Nanti dulu...teruskan bacaan anda..
SIAPA PERLU DIUNDI DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
UNDILAH PAKATAN RAKYAT .
Pakatan Rakyat juga harus diberikan peluang memenangi sebanyak boleh kerusi DUN dan seterusnya menubuhkan kerajaan negeri.Lagi banyak lagi baik.Terbaik kalau dapat control satu Malaysia.
Ini kalilah....Biar 1Malaysia versi BN lawan Satu Malaysia versi Pakatan Rakyat.
Pengalaman mentadbir seluruh kerajaan negeri selama 5 tahun boleh diguna untuk mentadbir kerajaan persekutuan selepas PKR memenangi PRU14 nanti.
INGAT!!
Segala kebaikan yang diterima daripada kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah berpunca dari kekuatan Pakatan Rakyat yang turut memerintah 4 buah negeri!!Bayangkan hujan emas yang akan melanda anda jika Pakatan Rakyat menguasai keseluruhan kerajaan negeri di Malaysia.Bayangkan para pemimpin kedua dua belah pihak menjadi Yes Man kepada rakyat.
Kerajaan terbentuk lemah, nanti kena jajah pula oleh pengaruh asing??
Karut...
Jika ada penjajahan oleh anasir luar , keseluruhan kerajaan pusat,kerajaan negeri dan rakyat akan bergabung menjadi satu entiti dan benteng yang kuat..
Oleh itu..
Lupakan saja propaganda hanya 1 undi.Pada PRU13 ini, hanya 1 undi terpakai hanya di Sarawak, WP Labuan, Kuala Lumpur dan Putra Jaya sahaja.
Pada PRU13 ini,majoriti pengundi memiliki 2 undi.1 untuk DUN dan 1 lagi untuk parlimen.Gunakanlah dengan sebaiknya
Bagaimana dengan parti nyamuk??
Lupakan kelompok parti nyamuk.Perkara terbaik parti nyamuk boleh lakukan adalah memohon memasuki parti yang memerintah diperingkat persekutuan.Jadi, persoalannya kembali kepada pilihan samada PKR ataupun BN.Jangan ambil risiko dan jadi bodoh.
Biar kita perkatakan secara berhemah dan lebih details...Apa jaminan parti nyamuk tidak bertindak sebagai proksi kepada parti dominan bertujuan untuk memecah undi??Anda fikirkanlah terutamanya kepada para pengundi di negeri Sabah yang akan memainkan peranan kritikal dan sensasi dalam pembentukan kerajaan baru di PRU13 ini.
Jika parti nyamuk memilih untuk kekal sebagai nyamuk, lagilah teruk.Hanya sebahagian kecil sahaja yang akan mendapat rahmat lantaran tidak persefahaman antara kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.
Terimalah hakikat bahawa parti nyamuk tidak akan hidup di dalam suasana budaya katak..
Sekali lagi, lupakan sahaja parti nyamuk.
Percayalah,jika sekiranya kesemua pengundi di Malaysia bersatu di dalam satu irama pola pengundian berbisa seperti disarankan , rakyatlah pemerintah sebenar kepada kerajaan.Satu bentuk perkongsian kuasa antara hampir kesemua parti politik juga terbentuk dengan sendirinya.
Bersihkan minda dan tetapkanlah pendirian anda.Jadilah pengundi berbisa kerana anda berhak dan boleh melakukannya sekarang.
"MENGUNDILAH UNTUK KEPENTINGAN ANDA"
No comments:
Post a Comment