Suruhan Jaya Pilihan Raya(SPR) telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk mengendalikan PRU13 .Saya sendiri telah menonton sidang media SPR yang berkaitan lantaran berminat dengan perkembangan PRU13 yang disifatkan sebagai paling sengit dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
(Antara laporan berkaitan ada di
sini )
SPR akan mengendalikan 8789 pusat mengundi, 26,219 tempat mengundi dan juga 234,905 petugas pilihan raya.
Saya berpendapat jumlah RM400 juta yang diperuntukkan tu terlalu banyak.
Biasanya kemudahan logistik seperti pusat dan tempat mengundi telah sedia ada dan tidak perlu didirikan seperti sekolah dan juga Dewan serbaguna. Nak kata SPR sediakan kemudahan pengangkutan, tak juga.
Jadi bagaimana wang sebanyak itu akan digunakan nanti, pengundi seperti saya berminat untuk tahu.
Parlimen dibubarkan pada tarikh 3 April 2013 dan pengundian dijalankan pada tarikh 5 May 2013.Tempoh selang masa antara kedua dua tarikh ini adalah cuma 32 hari.
Bermakna sebanyak RM12.5 juta wang dibelanjakan sehari untuk mengadakan PRU13 ini oleh pihak SPR. Jumlah yang dibelanjakan oleh parti politik yang bertanding tentunya lebih banyak.
Siapa yang akan mengambil tahu bagaimana RM12.5 juta dibelanjakan untuk satu hari ??
Saya mengutarakan persoalan ini mewakili pengundi tanpa parti dan pengundi luar daerah diluar sana, tak kanlah mereka meminta parti parti politik yang bertanding untuk menampung kos perbelanjaan mengundi di luar daerah, tak syoklah macam tu...
Jadi saya terfikir tentang SPR dan wang RM400 juta tu sahaja.
No comments:
Post a Comment