
Ianya bertambah parah dengan fakta anggota keselamatan di IPD Kepayan telah mengundi awal pada 27 April 2013.
" Anggota keselamatan yang berkhidmat bagi tugas Ops Daulat membuang undi pos mereka untuk PRU13 pada Sabtu." demekian petikan laporan akhbar Daily Express edisi Ahad 28 April2013....
....Hah yang ini no hal punya .... " membuang " undi saja..
Petunjuk petunjuk diatas mencetuskan semula kerisauan yang telah saya timbulkan pada entri bertajuk Jangan Bayangkan diterbitkan pada 29 Mac 2013 yang lalu..
Kita biasa mendengar gangster terlibat di dalam arena politik seperti dilaporkan media , namun prospek kemunculan tiba tiba “tentera asing “ dan kejadian satu kes letupan di Nibong Tebal didalam suasana negara berada diambang pilihan raya adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Dengan itu berdasarkan anggapan bahawa PRU13 bukan lagi sebuah pilihanraya sepertimana pilihan raya terdahulu terutamanya di Sabah , saya telah membuat keputusan untuk memperlahankan entri pada blog ini bagi memberikan tumpuan kepada perkara perkara utama.
Kajian semula keputusan ini akan dilakukan pada 1May 2013 selepas menilai perkembangan semasa.
Sementara itu....
Rehat sejenak tengok orang berkempen.Tak pun nonton "Fear Factor"..
Saya beranggapan telah menyumbang didalam perjalanan proses demokrasi di Malaysia , menambahkan kemeriahannya dan mempromosi persaingan yang sihat pada PRU13 ini.
OYAA……anda boleh klik pada gambar untuk butiran lanjut.
No comments:
Post a Comment