Peringatan



Laman ini diujudkan khusus sebagai Portal Berita Ulasan Media dan perkembangan terkini PRU13.
Terima kasih kerana mengunjungi laman ini.


PROJEK IC MESTI DIHENTIKAN SERTA MERTA..TIADA GUNANYA MENANG TETAPI DIKUASAI AKHIRNYA

LAMAN UTAMA || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || ULASAN MEDIA PRU14 ||

Tuesday, April 16, 2013

Menteri Suka Pantun Tidak Tersenarai

Bekas ahli parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak tersenarai sebagai calon PRU13.Nampaknya ramalan blogger saudara Hishamuddin Rais telah menjadi kenyataan.Staf RTM terutamanya slot Selamat Pagi Malaysia masih mahu berpantun lagikah tu....lama tak tonton slot siaran ini takut terkeliru dengan pantun.

Sebaliknya ahli parlimen Rembau, Negeri Sembilan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO dinamakan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 yang lalu.Sebelum ini Khairy ada membuat pengumuman tidak akan bertanding pada PRU13 ini.Biasalah orang politik punya cakap.Cakap A  tetapi yang dimaksudkan mungkin B tetapi dalam hati kata C.Mereka ini kena serba boleh.Rasanya pantun Khairy boleh angkat juga ni....

No comments:

Post a Comment