Mengurangkan bilangan penjawat awam adalah antara agenda yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Pengurangan penjawat awam ini akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan mengurus.Penjimatan kos yang terhasil boleh dimanafaatkan untuk kebajikan rakyat jelata.
Pendedahan berkaitan pada laman blog Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan saiz dan kos yang berkaitan dengan penjawat awam seharusnya dijadikan pedoman oleh para pengundi di dalam melakukan perkara yang betul semasa mengundi pada PRU13 ini.
Kepada para pengundi budiman , sedarilah bahawa kecekapan tadbir urus sesebuah kerajaan adalah antara faktor terpenting didalam pengawalan kos sara hidup.
Saya berikan analogy mudah.Falsafah kewangan kerajaan dan juga sektor perniagaan adalah jauh berbeza.Di dalam kerajaan, jika anda diperuntukkan sejumlah wang untuk dibelanjakan, anda akan dikira cekap jika dapat membelanjakannya 100% di dalam tempoh yang ditetapkan.
Anda mungkin tidak diberikan sebarang peruntukan lagi jika gagal membelanjakan wang peruntukkan yang telah disediakan kepada anda sebab anda dilabel sebagai tidak cekap.Maknanya, semakin banyak anda berbelanja maka semakin cekaplah anda. Tetapi sampai bilakah ini akan berterusan dengan pendapatan dan sumber asli yang semakin terhad.
Perkara yang bertentangan berlaku disektor perniagaan.Anda dikira cekap jika hanya membelanjakan sejumlah kecil wang yang diperuntukkan kepada anda namun masih memberikan mutu produktiviti yang dikehendaki.
Ironinya kerajaan sentiasa bergantung kepada entiti perniagaan sebagai sumber pendapatannya. Anda fikirkanlah, nilaikan sendiri dan lakukan perkara yang betul.Jika tidak sekarang, bila lagi.......
Untuk laporan yang berkaitan. anda boleh klik di
sini
No comments:
Post a Comment